Sunday, September 13, 2009

Wanita Usia Berazam Bantu Pihak Keselamatan Tangani Gejala Sosial-Datin Hajah Rokiah



SEMPORNA: Jawatankuasa Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Semporna berazam meneruskan kerjasama dengan anggota-anggota keselamatan bagi memastikan umat Islam tidak terlibat dengan aktiviti sosial negatif.
Ketua Wanita USIA Bahagian Semporna,Datin Hajah Rokiah Haji Badar,menjelaskan wanita Usia juga ingin melihat daerah mereka bebas dari pelbagai aktiviti sosial negatif dan jenayah yang melibatkan penduduk tempatan.
Datin Rokiah,berkata pengorbanan dan jasa anggota keselamatan menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan seharusnya diberikan penghargaan khususnya dalam sambutan perayaan.
Katanya,kesediaan pasukan keselamatan menjalankan tugas dalam setiap perayaan adalah semata-mata memastikan keselamatan negara terjamin daripada ancaman musuh.
Rokiah berkata,ketika umat Islam bersama keluaraga bergembira menyambut hari raya aidilfitri anggota keselamatan pula menjalankan tugas yang berat dan mencabar justru itu jasa serta pengorbanan mereka (anggota keselamatan)sewajarnyalah dihargai.
Datin Rokiah berkata demikian sempena melakukan lawatan amal dan kunjungan muhibbah dalam majlis penyerahaan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri ke Ibupejabat Polis Daerah Semporna,Rumah Sakit Pekan Semporna dan Balai Bomba Daerah.
Hadirsama dalam majlis lawatan dan kunjungan muhibbah itu Penaung USIA Negeri,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukaiyah bte Datuk Panglima Hj Abdullah;Naib Yang DiPertua Usia merangkap Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran;Ketua Polis Daerah,DSP Mohd Azim Khan Abdullah;Pengerusi Perkep Sabah,Datin Serizah Saad; Pengerusi Perkep Semporna,Puan Fauziah Hj Yakop,pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Polis Semporna;Pemimpin-pemimpin masyarakat serta ahli-ahli jawatankuasa wanita Usia Semporna.
Datin Rokiah,menjelaskan meskipun sumbangan Wanita USIA Bahagian Semporna seadanya sahaja ,namun Wanita Usia terpanggil untuk sama-sama memberikan sumbangan mengenang jasa anggota keselamatan.
Aktiviti amal yang dilakukan Jawatankuasa Wanita Usia Bahagian Semporna itu merupakan aktiviti yang julungkali diadakan sejak Ketua Wanita Usia baru mengambil alih tugas.
“ Wanita Usia Bahagian Semporna sedar bagi melaksanakan tugas harian mengawal keselamatan bukanlah tugas ringan malah ianya memerlukan komitmen jitu serta semangat patriotisma yang tinggi disamping memerlukan kerjasama orang ramai demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terjamin sepenuhnya,” kata Datin Rokiah.
Sempena majlis itu Penaung USIA Negeri,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukaiyah bte Datuk Panglima Hj Abdullah menyampaikan sumbangan hari raya berbentuk kuih muih kepada angota keselamatan,pasukan bomba dan pesakit-pesakit Rumah Sakit Daerah Semporna.

No comments:

Post a Comment