Monday, September 14, 2009

Jangan Bersubahat Melindungi PTI


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran mengingatkan pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri;Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK tidak menyalahguna jawatan mereka membuat surat perakuan dan pengesahan dokumen Pendatang Tanpa Izin.

Katanya perbuatan sedemikian bukan sahaja salah disegi undang-undang malah boleh mengancam keselamatan Negara.

Sehubungan itu mereka (pemimpin masyarakat) digesa tidak bersengkongkol dan bersubahat melindungi PTI sebaliknya memberi kerjasama erat kepada pihak keselamatan untuk membenteras kehadiran PTI.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Orang Asing Negeri Sabah,menjelaskan kerajaan telah membelanjakan dana yang besar bertujuan membenteras Pendatang Tanpa Izin di Negara ini dan rakyat seharusnya turut berganding bahu memeberikan maklumat mengenai kehadiran PTI di kawasan mereka setiap masa.

Katanya tanpa kerjasama seluruh rakyat mustahil kerajaan dapat memerangi PTI sepenuhnya.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan Majlis Penerangan Pendatang Tanpa Izin anjuran Majlis Keselamatan Negara di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPPK) Sabah & Sarawak,Misri Barham, Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Keselamatan Daerah, A.M.Ibnu A.K.Kadir;Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah,Mohd Aziz Marinsah; Timbalan Ketua Polis Daerah Semporna,ASP Tan Guan Chai; Penolong Pegawai Daerah,Haji Mahadi Alindal; Pemimpin Kemajauan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir.

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.53 Senallang meminta semua pemimin masyarakat melaksana tugas mereka dengan penuh jujur,bertanggungjawab serta ikhlas membantu kerajaan merealisasikan gagasan Konsep 1Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri,Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment