Monday, September 14, 2009

Umat Islam Perlu Miliki Ilmu Ekonomi-Tun Sakaran




Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima Haji (Dr) Sakaran Dandai mengingatkan umat Islam perlu memiliki kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain khususnya dari aspek ekonomi.Katanya,umat Islam seharusnya menguasai sektor ekonomi serta keutuhan ilmu pendidikan dimana kedua-dua sektor itu sangat penting dan mampu menganjak semangat bersaing dengan masyarakat lain.Sakaran menjelaskan,cerdik pandai Islam terdahulu telah mewariskan banyak kekuatan ilmu dalam pelbagai bidang kepada umatnya yang harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadikan umat Islam kuat serta maju dalam semua aspek.Katanya, umat Islam tidak harus menyesali kepincangan lalu sebaliknya terus berusaha memimpin generasi muda khususnya pelajar mewarisi ilmu pengetahuan meliputi ilmu sains;perubatan dan ekonomi.Sehubungan itu katanya,generasi muda Islam haruslah bersedia menggalas tanggungjawab itu tanpa menoleh ke belakang.Tun Sakaran berkata demikian sempena menghadiri Ihya Ramadhan dan majlis berbuka puasa bersama warga pelajar SMK Agama Tun Sakaran di Tampi-Tampi.Hadirsama sempena majlis itu Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah merangkat Naib Yang DiPertua USIA,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran; Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.baba;Setiausaha Agung USIA,Datuk Haji Abdullah Hussin;Pemangku Pengertua SMKATS,Abdul Azizi Abd Rashid;Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Hj Musa Sabahani dan pemimpin-pemimpin tempatan.Tun Sakaran turut mengingatkan golongan ibubapa mengutamakan pelajaran anak-anak mereka dan memastikan mereka (anak-anak) tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh menghancurkan masa depan negara.Berlandaskan harapan itu USIA akan terus berusaha kearah melahirkan umat Islam yang berkebolehan,berakhlak mulia serta berdaya saing dengan melakukan pembaharuan dalam gerakan dakwah.

No comments:

Post a Comment