Sunday, September 20, 2009

Perutusan SUA MJKM-Terima kasih kerabat media massa/letronik


Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.semoga semua amal ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubaraq mendapat keredahaan daripada Allah SWT.Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan daya upayaNya jua.Dia yang menentukan segalanya.Segala kebaikan datang daripadaNya dan apapun yang kita hadapi suka dan duka dalam kehidupan didunia yang fana ini semuanya mempunyai hikmah serta rahsia yang tidak dapat dirungkai oleh akal kemanusiaan kita yang maha kerdil ini.Hanya Dia yang maha mengetahui.

Sempena bulan baik dan mulia ini marilah kita sama-sama menghulurkan salam kemaafan atas segala kekhilafan yang kita terlakukan tanpa sadar kerana kita makhluk yang sering alpa pada hakikat kejadian sebenar.Memohon maaf dan memaafkan adalah sikap yang terpuji dan berani mengakui kesalahan serta memohon maaf juga tergolong dalam kategori manusia yang berani@gentleman+ikhlas=tulus!

Selaku manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kejahatan tersembunyi mahupun kekhilafan nyata serta sering menerima kebaikan daripada insan lain yang sanggup berkorban membantu kita melaksanakan tugasan harian dan selaku manusia yang semata-mata mencari nafkah untuk keluarga tersayang kita saling harap berharap bantu membantu menunaikan tanggungawab yang diamanahkan dengan satu niat KERANA ALLAH SWT.

Demikian juga tugas yang diamanahkan kepada kita yang sering mengharapkan bantuan,ihsan dan kerjasama daripada pihak media massa & media letronik ini. Kita banyak terhutang budi pada semua pengamal media ini yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka meski tanpa imbuhan mahupun ihsan.Pihak media inilah yang berdiri gagah dihadapan melaksanakan tugas tanpa jenuh mahupun jemu kerana mereka sedar dan sadar etika kewartawanan yang mereka galas sangat diperlukan oleh negara dalam membantu melaksanakan pembangunan agenda kepimpinan tertinggi kerajaan dan negara Malaysia yang mengimpikan sebuah negara yang maju membangun di era wawasan 2020 mendatang berlandaskan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat mengutamakan pencapaian.

Tidak terkecuali tugasan kita yang tergalas hampir satu dasawarsa ini banyak memerlukan kerjasama erat pihak media khususnya media letronik dan media massa.Justru sepanjang melaksanakan tugas kita tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan serta berselisih pendapat mahupun salah faham.Apapun hanya sejuta kemaafan jua yang mampu kita harapankan bersama demi kesejahteraan hidup bernegara.

Terima kasih yang tidak terhingga kita ucapkan kepada semua media massa tempatan khususnya kepada semua kakitangan The New Sabah Times;The Borneo Post/Utusan Borneo Post;Daily Express;Sea Hua Daily Newspaper;Overseas Chinese Newspaper;BERNAMA;Utusan Malaysia;Berita Harian;The New Strait Times;STAR;Asia Times;The Sun;Bahagian Akhbar Jabatan Penerangan Malaysia Sabah dan media letronik,RTM Kawasan Sabah (Bilik Berita TV RTM KK);TV3;Blog Sabahkini.com/sabahkini.net dan Ahli-ahli Face Book serta sebahagian media yang lain.

Kita juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Krew bilik berita TV RTM KK yang telah banyak membantu serta menghulurkan kerjasama erat sepanjang hampir 10 tahun kita menjalankan tugasan rasmi hingga saat ini.

Krew Bilik Berita TV RTM KK yang diterajui kawan-kawan yg cukup prihatin (Hj Salim Haji Ibrahim;Haji Othman Abd Hamid;Chong Ken Yin;Kusin Hj Diasin;Zainudin Jamlu serta 9M6 JM dll) tidak pernah kenal penat lelah tetap setia berkampung dengan kita masuk kampung dan keluar kampung hingga ke pelusuk kampung-kempung dan pulau-pulau Daerah Semporna tentunya dan adakalanya krew RTM KK yang ditugaskan bersama kita sanggup berlapar dahaga semata-mata ingin merealisasikan semangat setiakawan dan semangat kerjasama tinggi yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan mahupun ihsan kerana kita yakin dan percaya mereka adalah penjawat awam yang komited dengan tugasan yang diberikan sekaligus mampu mengangkat martabat serta misi dan visi Jabatan Penyiaran & kementerian Penerangan tentunya.

Hakikatnya sepanjang satu dasawarsa ini,pihak media masa dan media letronik telah menyumbangkan banyak jasa dan bakti serta budi kepada kita melaksanakan tugas rasmi kerajaan.

Akhirnya selaku Setiausaha Akhbar kepada Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,saya mengulurkan salam kemaafan dan memohon maaf zahir & batin sekiranya terkhilaf bahasa,tersalahlaku serta termakan dan terminum.Ampun maaf beribu ampun jutaan kemaafan diharapankan...!-rsyadhussin.blogspot.com






No comments:

Post a Comment