Tugas dan tanggungjawab membangunkan rakyat di kawasan-kawasan luar bandar tidak hanya dipikul wakil-wakil rakyat malah ianya memerlukan kerjasama erat setiap individu.
Kerjasama yang mapan dan berterusan dari semua pihak bukan sahaja mampu mengangkat martabat masyarakat itu sendiri malah mampu merealisasikan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian.
Usaha penyaluran pelbagai maklumat pembangunan,keselamatan,kesihatan,pendidikan serta agenda murni kerajaan tidak hanya tertumpu melalui khidmat rasmi sesuatu jabatan kerajaan malah ianya mampu dilaksanakan melalui kerjasama erat masyarakat setempat dengan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan,pelajar,pertubuhan bukan kerajaan (Ngo’s) mahupun pemimpin peringkat akar umbi.
Ketika usaha berterusan semua pemimpin negara melaksana agenda kerajaan membangunkan rakyat yang merentasi semua lapisan masyarakat luar bandar di negara ini,kerjasama erat dan komitmen padu seluruh masyarakat hendaknya terus diperkukuh demi mencapai hasrat dan tujuan kerajaan yang ikhlas membela nasib semua kaum dan keturunan tanpa mengira fahaman politik dan anutan agama.
Rakyat juga hendaklah bersyukur dengan pelbagai nikmat pembangunan yang dibawa dan disalurkan kerajaan semata-mata untuk melestarikan kesejahteraan rakyat keseluruhannya tanpa terpengaruh dengan pelbagai propaganda mahupun hasutan golongan tertentu yang sentiasa berusaha mencelaru minda serta memesongkan fahaman rakyat terhadap keihklasan kerajaan hari ini.
No comments:
Post a Comment