SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menyarankan golongan muda Islam yang berpendidikan melibatkan diri mengimarahkan masjid dan surau di setiap kampong khususnya di kawasan-kawasn luar bandar.Katanya,penglibatan golongan muda Islamyang bakal menerajui kepimpinan negara mampu mengangkat martabat agama kearah pembinaan ummah melalui pelbagai program keagamaan.Nasir menambah,sudah sampai masanya golongan muda yang berpendidikan tinggi dan tinggal di kampung mencurahkan bakti kepada masyarakat kampong serta membantu golongan tua mentadbir masjid.Beliau yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai agama Islam Negeri Sabah menjelaskan demikian sempena menghadiri majlis bersama rakyat dan berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Kampung Tagasan Jaya di sini.Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani;kakitangan UPKR Senallang serta pemimpin-pemimpin masyarakat kampung.Nasir berkata, kepimpinan negara khususnya dalam pembinaan ummah yang maju membangun sangat memerlukan generasi muda berpendidikan menjadi pelapis serta bakal mengambil alih kepimpinan masjid,surau dan pentadbiran kampung.Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,memuji inisiatif kumpulan belia Kampung Tagasan Jaya kerana berjaya menyatukan masyarakat serta membantu membangunkan masjid di kampung tersebut tanpa banyak bergantung kepada pihak kerajaan.Nasir berkata,sikap dan semangat persaudaraan seagama yang harus direalisasikan di semua kampung berlandaskan gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat.Sempena majlis itu juga Datuk Nasir dan rombongan turut menunaikan solat Magrib,Isyak seterusnya menunaikan solat tarawih berjamaah di Masjid Al-Jal.
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment