Monday, September 14, 2009

Jangan Hanya Islam Pada Nama-Datuk Nasir


SEMPORNA: Naib Yang DiPertua Pertubuhan Ugama Islam Negeri Sabah (USIA) Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan masyarakat Islam menzahirkan diri melalui amalan kehidupan seharian berlandaskan hukum Islam dan bukan hanya bermegah dikenali dengan nama berciri Islam sahaja.

Katanya,mereka seharusnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah SWT dengan sentiasa istiqomah beribadat.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan mesyuarat Agung Tahunan USIA Daerah Semporna 1430H/2009 di Kompleks Inabah Kamal.

Hadirsama sempena majlis itu Ketua Usia Daerah Semporna,Datuk Haji Sapari Amir; Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Pengurus Ladang SABDI,Haji Abdul Rahman Tun Sakaran,Pegawai JHEAINS Semporna,Haji Hamad Mokthar;Pegawai Kanan JHEAINS,Abd Rahim Oting serta ahli-ahli USIA Semporna.

USIA Daerah Semporna mempunyai 480 orang ahli dan 50 cawangan.

Datuk Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Sabah,menyeru penduduk Semporna khususnya ahli-ahli USIA sentiasa komited dan bersatupadu merealisasikan gagasan Konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat,mengutamakan pencapaian

Nasir berkata,gagasan itu yang diperkenalkan Perdana Menteri,Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah lama wujud sejak merdeka bagi mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat Negara ini dan mengingatkan kembali rakyat supaya terus mengamalkan perpaduan kaum demi keamanan,perpaduan serta kemakmuran hidup di bawah lambang Malaysia Jaya.

Sehubungan itu segenap lapisan rakyat hendaklah memainkan peranan masing-masing selaku warganegara yang bertanggungjawab terhadap Negara dan tiada seorangpun disisikan.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata,kerajaan akan terus memberi sokongan kepada USIA dan berharap USIA Semporna terus bergerak seiring bersama agensi kerajaan mengangkat martabat agama dengan mempertingkat syiar Islam di negeri ini.
Sehubungan itu Nasir menjelaskan penubuhan Koperasi USIA semata-mata untuk kepentingan ahli-ahli Usia dan menjaga kebajikan semua ahli melalui usaha meningkatkan ekonomi pertubuhan itu

No comments:

Post a Comment