Monday, September 14, 2009

Jawatan KK,PJKK & KAN bukan tikit cari keuntungan



Jawatan Ketua Kampong,Pengerusi JKKK,Ketua & Wakil Ketua Anak Negeri bukan satu keistimewaan dan tikit untuk mencari keuntungan peribadi.
Jawatan diberikan kepada yang layak semata-mata satu amanah dan tanggungjawab melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat diperingkat akar umbi dan kerajaan tidak teragak-agak menarik balik jawatan tersebut sekiranya mereka tidak melaksana tanggungjawab kepada masyarakat.
Selain itu mereka juga ditugaskan sebagai mata dan telinga kerajaan memantau keadaan rakyat serta memberikan maklumat yang tepat mengenai misi dan visi kerajaan berlandaskan gagasan konsep 1Malaysia yang mengutamakan pencapaian,mendahulukan rakyat.
Sehubungan itu ketua-ketua kampong dan pengerusi JKKK digesa bekerjasama membangunkan kampong dan memberikan perhatian serius mengenai pelan pembangunan serta keselamatan penduduk kampong disamping memantau kehadiran pendatang asing di kampong mereka.
Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,berkata demikian sempena menyampaikan watikah perlantikan kepada Ketua-Ketua Kampong,Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri dan Pemaju Masyarakat di Pejabat DUN Senallang.
Sempena majlis itu seramai sembilan orang ketua kampong,seorang Wakil Ketua Anak Negeri dan seorang Pemaju Masyarakat menerima watikah perlantikan mereka disaksikan Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat,Haji Tahir Amir dan Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani.

No comments:

Post a Comment