Monday, September 14, 2009

Pemimpin Masyarakat Perlu Hadir Ke Majlis Rasmi Kerajaan




Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menasihati Ketua-Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri,Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK hadir ke semua majlis rasmi kerajaan di peringkat daerah.

Katanya,kehadiran pemimpin akar umbi termasuklah ketua-ketua jabatan kerajaan peringkat daerah perlu bagi merealisasikan komitmen mereka terhadap kepimpinan kerajaan disamping mendapatkan maklumat terkini untuk disampaikan kepada masyarakat setempat.

Nasir berkata, selaku pemimpin di peringkat kampung serta sebagai mata dan telinga kerajaan mereka (KAN/WKAN/KK & PJKKK) seharusnya lebih prihatin membuat laporan terperinci kepada pihak kerajaan mengenai nasib rakyat dan pembangunan yang diperlukan masyarakat selaras dengan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

Nasir berkata, rakyat perlu didahulukan dan pencapaian pembangunan di setiap kampung harus diutamakan seperti yang dikehendaki Perdana Menteri melalui Konsep 1 Malaysia.

Selain itu mereka juga perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih komited merancang serta membangunkan kampung sekaligus membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Datuk Nasir yang juga Wakil Rakyat Kawasan N.53 Senallang berkata demikian sempena merasmikan penutupan Seminar Sehari Ketua Daerah,Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri,Ketua Kampung & Ketua Masyarakat Cina anjuran Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS).

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS),Haji Mohd.Said Hinayat,Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Kawasan Senallang,OKK Hj Musa Sabahani; Ketua Daerah Kawasan Sulabayan,OKK Datuk Malali Mali;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Encik Ong Hang Seng dan Kapitan Cina Kawasan Bugaya,Encik Joseph Lo.


Beliau menjelaskan,hasrat kerajaan mengwujudkan barisan kepimpinan diperingkat kampung dan daerah bertujuan sebagai mata dan telinga kerajaan memantau perkembangan kehidupan masyarakat di peringkat akar umbi serta kawasan luar bandar.

Katanya,harapan masyarakat kampung amat tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai misi dan visi membela nasib rakyat tanpa mengira suku kaum,amalan agama mahupun fahaman politik.

Nasir berkata,pemimpin-pemimpin ini seharusnya lebih bijak,bersatu padu,bekerjasama serta kreatif merancang pembangunan demi kemajuan kampung untuk faedah rakyat dan bukannya menggunakan jawatan sebagai kepentingan peribadi

No comments:

Post a Comment