Thursday, September 17, 2009

Prestasi kerja bermutu-Datuk Nasir


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan Ketua Daerah;Ketua-Ketua Anak Negeri (KAN),Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN),Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Masyarakat Cina meningkat prestasi kerja,beramanah serta sentiasa mengeratkan hubungan baik dengan masyarakat disamping mengutamakan disiplin kerja dengan penampilan yang berpersonaliti termasuk berpakaian kemas semasa bertugas di pejabat.


Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah Kawasan Senallang menegaskan, kakitangan dan penjawat awam yang sentiasa berpakaian kemas dan rapi mampu mengangkat imej sesuatu jabatan serta melambangkan gerakerja jabatan yang efesyen,bersistem dan berkualiti.




Nasir berkata, pemimpin peringkat daerah dan kampong ini perlu tahu had-had kuasa dan tanggungjawab mereka kepada Negara serta masyarakat dan tidak sewenangnya membuat keputusan yang boleh menyalahi undang-undang Negara.




Selain itu mereka juga dinasihatkan kerjasama kepada pihak keselamatan membenteras kehadiran pendatang asing tanpa ijin(PTI).




Datuk Nasir berkata demikian sempena menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Daerah,Ketua Anak Negeri(KAN) ;Wakil KAN; Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina peringkat Daerah di sini.




Hadirsama sempena majlis iu Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Negeri Sabah,Datuk Haji Harman Mohammad; Pengarah Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (PHEANS),Mohamad Said Hinayat; Pegawai Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir serta Ketua-Ketua Daerah dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan

No comments:

Post a Comment