Oleh: Jaafar Abd Wahid
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah sukar dibendung kerana pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk masuk ke negeri tersebut.
Katanya pelbagai cara digunakan oleh (Pati) antaranya menggunakan laluan darat, laut dan udara untuk menyelinap masuk ke Sabah apalagi kedudukan negeri ini dikelilingi oleh laut memudahkan (Pati) datang ke negeri ini
"Keadaan ini menyebabkan kerajaan sukar untuk untuk membendung (Pati) yang kebanyakannya datang dari Negara jiran Filipina dan Indonesia masuk ke Sabah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Progran Hujah di TV9. Program selama setengah jam itu diperantarakan oleh Prof. Dr Agus Salim.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, kerajaan menyedari perkara itu dan akan sentiasa mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah
Antara langkah dilakukan oleh kerajaan ialah dengan mendaftar semua Pati yang ada di Sabah dan setakat ini seramai 380,000 Pati telahpun didaftarkan oleh pihak berkuasa disamping pihak berkuasa sentiasa mengadakan operasi bagi menjejaki (Pati) yang datang ke negeri ini
Ketika ditanya Prof. Dr Agus mengenai keberkesanan wakil Sabah dalam kabinet persekutuan, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengakui bahawa kesemua menteri dan timbalan menteri dari negeri tersebut telah membuktikan kesungguhan serta komitmen mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membantu Perdana Menteri membangunkan negara dan khususnya Sabah.
"Saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua menteri dan timbalan menteri dari Sabah ini. Mereka telah berjaya mengutarakan masalah rakyat dan membawa pembangunan sama ada untuk rakyat Sabah dan rakyat Malaysia keseluruhannya," kata beliau.
No comments:
Post a Comment