Thursday, January 7, 2010

Perhebat Program Beri Kesedaran Belia Islam

Oleh:Jaafar Abdul Wahid


KOTA KINABALU - Usaha menyedarkan generasi muda tentang ajaran agama Islam perlu diperhebatkan demi masa depan dan kehidupan yang lebih bermakna.


Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, Pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini perlu memartabatkan Islam dalam konteks yang lebih luas selain memberi pemahaman tentang kedudukan imej Islam sebagai agama rasmi Malaysia terutamanya kepada golongan muda




''Generasi muda perlu dibawa kepada satu keadaan yang memberi kesedaran kepada mereka bahawa apa yang ada pada hari ini merupakan hasil usaha yang bukan mudah untuk dinikmati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari Jawatan Kuasa Belia (USIA) Pusat yang baru yang diketuai oleh Ketuanya Abdul Hakim  Ghulam Hassan pagi kemarin di Ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan.

 Menurut Abdullah  Belia (USIA) harus bertindak sebagai wadah dakwah yang berkesan  selaras dengan fokas pertubuhan tersebut untuk memperkasakan golongan belia Islam  bagi  menguatkan jati diri generasi muda dalam menempuh persekitaran yang penuh dengan cabaran masa kini.

 

Dalam konteks itu, jelasnya,  Belia (USIA) harus mempunyai kekuatan dalaman  dalam melaksanakan program program dakwah secara berterusan dan mempunyai kesan yang mendalam bagi membina sasiah dan jatidiri remaja Islam.

  Sementara itu Abdul Hakim ketika ditemui berkata, Belia (USIA) akan memperincikan programnya sepanjang tahun ini yang melibatkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Belia (USIA) di seluruh bahagian.

  “ Program terawal Belia (USIA) ialah menganjurkan Forum Islam di Lahad Datu dimana  tummpuan forum kita ialah membincangkan isu-isu semasa terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan golongan belia” katanya.

 

CAPTION:

 

A. ALBUM KENANGAN….Abdullah dan Abdul Hakim (tengah) mengambil gambar kenangan bersama sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Belia (USIA) pusat pada kunjungan tersebut

No comments:

Post a Comment