Apabila taqdir menerjah ke pintu rasa
Menggoda segenap nadi gelisah resah
Tak perlu gulana gundah
Meladeni gendang sorak serasa nista,
Nyanyikanlah irama syukur
sambil menganyam
makna zauq pada kasih As-Syakur
Apabila taqdir datang menggoda
Mensirna segenap ruang igau di padang fatamorgana
Senandungkanlah tembang semanis madu
Ceritera sang nara terpidana ditembok perkasa
Yang penuh dengan kerengka durjana
Suburkanlah kelopak biru ungu padi malinja
berbunga mutiara di bibir senja,
percikkan kasih seputih mutiara
Sepadang luas saujana memandang
Kerana kita bukan Oidipus Sang Raja
tegar membiarkan masmur mawar
Layu di pintu pagar....
R.Syad Hussin
Kelurahan Punge Blang Cut,
Banda Acheh-Indonesia.
Jun 2008.
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment