Sunday, January 17, 2010

Jangan Menggelabah,Syukuri Nikmat Kemanan:- Datuk Nasir:




SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan rakyat negeri ini khususnya masyarakat di Daerah Semporna tidak menggelabah dan panik mengenai isu kenyataan perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat yang memberi amaran bahawa kumpulan penjenayah dan pengganas sedang merancang untuk menyerang rakyat asing di pulau-pulau di sekitar negeri ini.

Katanya,rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab serta cuba mengambil kesempatan meracuni fikiran rakyat.


Nasir,berkata keadaan di daerah itu khususnya di perairan laut Semporna sehingga kini aman dan tenteram dan tidak seperti yang diwar-warkan oleh kenyataan tersebut.

Katanya,sejak pembinaan pangkalan tentera laut (TLDM) serta kawalan kesalamatan anggota polis (PDRM) keadaan perairan Semporna selamat dari pelbagai ancaman lanun sehingga golongan nelayan merasa aman serta melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa rasa takut.

RUMAH PPRT...Bangunan perumahan Program Bantuan Rumah Tahun 2009,Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah milik Nanah Ismawill di Kawasan DUN Senallang,Semporna.



Tinjauan pagi kelmarin di pekan Semporna mendapati keadaan orang ramai yang berbelanja dan menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Sementara itu juga awal minggu lepas Datuk Nasir dan Pengarah Besar Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA), Dato Dzulkifli Wahab bersama rombongan yang bercadang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman rumpai laut (Sea weed ) khususnya di daerah Semporna telah melakukan lawatan ke beberapa buah pulau sekitar daerah itu dengan aman dan tenteram.




Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena melakukan lawatan kerja dan tinjauan ke sebahagian 13 buah perumahan rakyat di bawah Program Bantuan Rumah Tahun 2009,Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah(KKLW) di Kawasan DUN Senallang,

BINCANG PPRT...Datuk Nasir (dua kanan) diringi A.M.Ibnu (kanan) berbincang sesuatu dengan Abdullah Sukka (dua kiri) semasa meninjau dan melawat perumahan PPRT di Kawasan DUN Senallang.


Hadirsama dalam lawatan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba,Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO),Haji Abdullah Sukka.

Sehubungan itu,Datuk Nasir,mengingatkan rakyat yang sudah menerima bantuan perumahan itu menjaga dan memanfaatkan rumah tersebut sebaik mungkin serta sentiasa bersyukur dengan nikmat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan hari ini.

Katanya,kerajaan memang benar-benar ikhlas ingin membela nasib rakyat Negara dan negeri ini yang memerlukan bantuan tanpa mengira sukukaum mahupun anutan agama.


RAKYAT PERLU BERSYUKUR...Datuk Nasir (dua kiri) riringi Tahir Amir (kiri) ;OKK Musa (tengah) dan Abdullah Sukka (dua kanan) berbincang sesuatu dengan A.M.Ibnu (kanan) sempena lawatan dan tinjuan itu di Kampung Pakalangan,Semporna.

“ Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah(KKLW) yang sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keperluan masyarakat serta rakyat negeri dan daerah ini,” kata Nasir.

Program Bantuan Rumah yang bernilai RM44 ribu ringgit setiap sebuah itu diberikan kepada rakyat yang layak dan telah siap dibina serta diserahkan kepada penerima pertengahan tahun 2009.
 
 





















































4.






No comments:

Post a Comment