Oleh: JAAFAR ABD WAJID
KOTA KINABALU: Hampir 400 orang perwakilan dari seluruh negeri akan menghadiri mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) sabtu ini bertempat di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort.
Ketua Penerangan PBBS Nadin Haji Salleh (gambar) berkata, Mesyuarat kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bermula Jam 8.00 pagi.
" Bagi para perwakilan pendaftaran akan diadakan pada 29 Januari 2010 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 Petang dan ianya dilanjutkan pada sebelah pagi sebelum persidangan dimulakan" kata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini pagi kemarin.
Menurut Nadin tahun ini persatuan tersebut akan mengadakan pemilihan pucuk pimimpinan tertinggi bagi sesi 2010 sehingga 2013 dimana setakat ini seramai 7 orang calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi telah mengsahkan diri untuk bertanding merebut jawatan tersebut.
Nadin menambah bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi pula sebanyak 30 orang calon telahpun mengsahkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut dan hanya 23 orang sahaja akan dipilih oleh para perwakilan pada pemilihan kali ini.
" Kita juga mengucapkan tahniah kepada Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang menang tanpa bertanding apabila kedudukanya tidak dicabar pada pemilihan kali ini" tambah Nadin.
Dalam perkembangan yang sama Nadin juga berkata beberapa Usul akan dibahaskan pada perhimpunan kali ini. ini termasuklah ucapan dasar Presiden, Pendidikan Agama dan Ekonomi.
No comments:
Post a Comment