Tuesday, January 19, 2010

Badan Ngo's Islam Perlu Bersatu Gerak Program Dakwah-Jamawi



AMANAT…Jamawi Ketika Berucap di majlis perjumpaan tersebut

Oleh:Jaafar Abd.Wahid


TENOM: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu menjalin hubungan kerjasama dengan badan badan NGO Islam yang lain dalam melaksanakan program-program dakwahnya agar usaha untuk mengembangkan syiar Islam di negeri ini lebih menyerlah dan berkesan.


Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Jamawi Jaafar berkata dengan adanya jalinan kerjasama antara badan badan NGO Islam, bukan sahaja usaha memperkasakan gerakan dakwah dapat dpertingkatkan ,namun ianya ianya menjadi landasan bagi mengwujudkan jalinan kerjasama serta semangat ukhwah dikalangan Umat Islam.

“ Dalam gerakan dakwah badan-badan NGO Islam perlu bersatu melaksanakan pelbagai program dakwahnya dimana semangat ini mencerminkan kesungguhan serta komitmen kita sebagai badan NGO Islam yang meletakkan dakwah dan semangat perpaduan Umat Islam terus dijana dan dipelihara” katanya ketika berucap semasa mengadakan perjumpaan dengan (USIA) bahagian Tenom dekat sini baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua (USIA) bahagian Tenom Paduman Abdul Majid serta ahli jawatankuasa Bahagian,Wanita dan Belia (USIA) bahagian Tenom

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, dalam menghadapi cabaran-cabaran hidup dewasa ini, badan badan NGO Islam mestilah berani berjuang mempertingkatkan jatidiri umat Islam dan bangsa Malaysia yang lebih bertanggungjawab terhadap masa depan negara .

Menurut beliau aspek ini amat penting dalam badan NGO Islam termasuklah (USIA) ianya perlu melaksanakan program pembangunan insaniah yang akan mencorakkan masyarakat Islam dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia, dinamik serta menjadi pemimpin Islam yang berwawasan dalam merencana agenda pembangunan masyarakat Islam sekaligus memperkuatkan perpaduan dan keutuhan ummah.

“Agama Islam menuntut umatnya agar sentiasa melakukan perubahan dan meningkatkan kemajuan dari semasa ke semasa. Tuntutan perubahan dan kemajuan dari satu tahap ke satu tahap hendaklah menjurus ke arah yang lebih baik daripada sedia ada sama ada daripada segi jasmani (fizikal) mahupun rohani (spiritual)” katanya

Sehubungan dengan itu Ketua Pergerkan Pemuda Umno bahagian Tenom ini juga berharap (USIA) khususnya di bahagian itu mengubah pendekatan Islah dan Dakwah yang lama kepada pendekatan moden yang professional yang mampu menarik minat Umat Islam khususnya golongan muda menyertai pertubuhan tersebut bagi memberi kan kefahaman islam yang sebenar

“ (USIA) bukan sahaja bergerak melalui program semata-mata akan tetapi ia perlu menjadikannya sebagai satu gerakan yang bersifat dekat dan mesra” Tambah Jamawi.






No comments:

Post a Comment