Sunday, January 24, 2010

PROGRAM LOCAL AGENDA 21 MENJADI PEMANGKIN KEMAJUAN SETIAP PBT LAJIM




LANCAR…Lajim diiringi oleh Adenan,Ramun dan Azmi ketika memotong riben sebagai simbol pelancaran Local Agenda 21 bagi kawasan DUN N4 Tanjung Datu Lundu Sarawak





Oleh:Jaafar Abd Wahid:

LUNDU KUCHING: Program Local Agenda 21 yang dilaksanakan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharapkan akan menjadi wadah pemangkin untuk menjana kemajuan disetiap kawasan PBT di negeri ini.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,

Local Agenda 21 atau LA 21 ialah program untuk membentuk perkongsian antara pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan agensi swasta untuk merancang, mencapai kata sepakat dan selepas itu bersama-sama bertindak terhadap isu-isu pembangunan mampan yang mempengaruhi kehidupan mereka

" Kita mengharapkan setiap jawatankuasa Local Agenda yang terdiri dari pemimpin masyarakat tempatan termasuk pegawai-pegawai kerajaan dapat merancang dan melaksanakan program pembangunan yang memberikan manafaat kepada semua masyarakat di kawasan PBT masing-masing" katanya ketika berucap melancarkan Program Local Agenda bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Lundu Sarawak dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kawasan N.3 Lundu Dato Sri Hj. Adenan Bin Hj. Satem,Wakil Rakyat N 1 Opar Ramun ak. Mina, dan Pegawai Daerah Lundu Azmi Haji Bujang.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan

"Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing" katanya

Sehubungan dengan itu Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berharap jawatankuasa yang dibentuk melalui Program Local Agenda 21 di setiap kawasan PBT ini mampu memainkan peranan aktifnya bagi membantu usaha-usaha kerajaan untuk menyalurkan pembangunan yang lebih terancang dan memberikan impak terhadap kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing.



TAHNIAH…Lajim bersama Adenan,Ramun dan Azmi ketika menyampaikan watikan perlantikan ahli jawarankuasa Local Agenda bagi daerah Lundu kepada salah seorang ahli jawatankuasa yang dilantik sempena majlis tersebut




No comments:

Post a Comment