KUCHING: Penggunaan beg Plastik berkemungkinan akan dimansuhkan berikitan penggunaanya memberi kesan kepada alam sekitar, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.
Menurut beliau, kerajaan mempunyai cadangan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan beg plastik kerana ia juga tidak boleh dikitar semula menggantikannya dengan bio-degrabal plastik yang lebih menjamin kesihatan melalui penggunaannya dan boleh dikitar semula.
“ Sebagai permulaan pada masa sekarang pihak berkuasa tempatan (PBT) ,pasaraya,peniaga telah mempraktikan” Satu Hari Tanpa Plastik” yang telah dipraktikkan di Pulau Pinang,Miri dan Sibu” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Kempen Kitar Semula Peringkat Negeri Sarawak 2010 di Tabuan Jaya di sini petang kemarin.
Hadir sama di majlis tersebut Menteri Muda Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Peter Nansian Ak. Ngusie
Katanya, kerajaan membelanjakan kira-kita RM10,000 sebulan untuk melaksanakan program Kita Semula di daerah-daerah kecil dan kos ini pasti akan meningkat di Bandar-bandar yang besar.
“ Kita perlu melihat kepada Negara-negara yang lebih maju seperi Jepun,Australia yang telah lama menjayakan Program Kitar Semula dimana usaha yang mereka lakukan telah memberi kebaikan kepada rakyatnya” katanya.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan telah menyalurkan peruntukan yang besar untuk menyediakan kemudahan-kemudahan untuk melupuskan sisa pepajal seperti tapak pelupusan sanitari.
“ Perbelanjaan yang kita gunakan untuk tujuan ini (kita semula) adalah baik ianya dibelanjakan untuk tujuan pembangunan yang lain untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat’ katanya.
Menurutnya lagi, semenjak program Kitar Semula diperkenalkan didapati kesedaran masyarakat terhadap Kitar Semula telah dapat dipertingkatkan, ianya dijelaskan dengan sokongan banyak pihak seperti orang awam, sektor korporat,NGO, dan institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi pendidikan yang turut menjayakan program ini.
“Kesedaran terhadap kita semula juga berjayak diwujudkan di kalangan sektor korporat sejak diperkenalkan pada tahun 2000 untuk mengawal dan mengurangkan penjanaan sias pepejal” katanya.
Lajim menambah memandangkan kitar semula adalah penting untuk kesejahteraan Negara, rakyat dan alam sekitar, kerajaan komited untuk mencapai kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020 dengan pelaksanaan program yang beterusan.
Terdahulu berucap di majlis tersebut Lajim berkata, pada tahun 2002 sebanyak 17,000 tan sisa pepajal dijana setiap hari, jumlah tersebut bertambah kapada 19,000 tan sehari pada tahun 2005 dan dijangka menjelang tahun 2020 sebanyak 30,000 tan sisa pepajal dijana setiap hari.
“ Ini bermakna setiap individu di Negara kita menghasilkan sampah kira-kira 1 kilogram sehari, dengan melaksanakan kempen Kita Semula secara intensif masalah kekurangan tenaga untuk menyediakanya kemudahan pengurusan pepejal tapak pelupusan sanitari dapat diminimakan” katanya
No comments:
Post a Comment