Wednesday, January 13, 2010

Aplikasi semangat hijrah,kukuh perpaduan ummah-Datuk Nasir:



JASA DIKENANG...Datuk Nasir (kiri) disaksikan Abd Rahim Oting (tengah) menerima cenderahati disampaikan A.M.Ibnu (kanan) sempena majis itu di Semporna.


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan umat Islam sentiasa menghayati serta membudayakan nilai-nilai murni yang terkandung dalam peristiwa hijrah dengan meningkatkan kualiti amal ibadat demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.





Katanya,umat Islam seharusnya memberikan perhatian serius kearah penghijrahan minda yang mampu menjadi wasilah memantap ukhuwah memperkasa ummah.



Nasir berkata, ketinggian minda yang dikaitkan dengan ilmu menjadikan kita sentiasa mendapat ilmu pendidikan dunia dan akhirat.



Katanya, bangsa yang maju adalah bangsa yang memiliki masyarakat sentiasa berlumba-lumba merebut peluang memajukan diri dengan ilmu pendidikan.



Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam negeri Sabah,berkata demikain sempena merasmikan sambutan Maal Hijrah 1431H/2010M peringkat Daerah di sini.



Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibu A.K. Baba,Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Semporna,Haji Tahir Amir ,Pemimpin Unit Kemajuan rakyat kawasan Sulabayan,Haji Fazil Haji Sapal,Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabaani,Ketua Daerah Semporna Kawasan sulabayan,OKK Datuk Haji Malali Mali,Wakil Pegawai Pemerintah TLDM Semporna,Ketua-Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San, Kapitan Cina Kawasan Bandar, Encik Ong Hang Seng,pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.



Nasir berkata,umat Islam hendaknya menjadikan tahun baru Hijrah 1431 sebagai momentum mengorak langkah menggunakan minda yang waras untuk merubah diri dari keadaan yang lebih baik.



Katanya, minda perlu sentiasa dipacu berfikiran positif mencipta kegemilangan kerana hanya dengan minda yang kuat mampu menghadapi pelbagai cabaran dunia yang serba canggih kini.



Nasir yang juga Adun Kawasan senallang,menjelaskan pendekatan kerajaan mengajak rakyat mencontohi kejayaan nabi junjungan Nabi Muhammad SAW membina ummah gemilang selaras dengan hasrat membangun sumber manusia yang dikenali sebagai modal insan.



Katanya,modal insan berkualiti merupakan elemen penting dalam mencapai misi nasional kerana tanpa rakyat yang cemerlang negara akan lemah.



Selain itu katanya,rakyat juga perlu mengaplikasi semangat hijrah dalam kehidupan harian serta menghayati hasrat kerajaan yang menginginkan rakyatnya sedia menggalas tanggungjawab memacu Negara mencapai tahap cemerlang,gemilang dan terbilang disamping menjaga kepentingan perpaduan di kalangan kaum Negara ini serta demi mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama umat.



Justru itu katanya,rakyat seharusnya mengamal serta mempraktikkan gagasan 1Malaysia dan bekerjasama mengukuhkan toleransi kaum dan agama tanpa mencetuskan perbalahan yang boleh menghancurkan kedamaian serta keamanan yang telah sekian lama dikecapi rakyat Negara ini.



ANUGERAH SURAU...Datuk Nasir (dua kiri) diiringi A.M.Ibnu (kiri) menyampaikan anugerah Surau kepada salah seorang penerima sempena majlis itu di Semporna





BELIA HARAPAN...Datuk nasir (dua kiri) diringi Abd Rahim Oting (kiri) bersalaman dengan sebahagian belia Kampung Air sempena majlis itu di Semporna.

No comments:

Post a Comment