Sunday, January 31, 2010

Bantu Kerajaan Sampaikan Maklumat Tepat-Datuk Nasir Tun Sakaran






JASA DIKENANG...Datuk Nasir (kiri) disaksikan Datuk Ustaz Mohd Suhaili(bersongkok);Datuk Ag.Sharin (belakang kiri);Datuk Jauzan (tiga kanan) dan Jupirin(kanan) menerima cenderakenangan disampaikan Datuk Malali Mali (dua kanan) sempena majlis itu di Semporna.




SALAM SEMINAR...Datuk Nasir (dua kanan) diiringi Datuk Ustaz Mohd Suhaili Said (kanan) dan Datuk Ag.Sharin bersalaman dengan KAN Mohammad (dua kiri) sempena majlis itu di Semporna.



SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menyarankan pemimpin-pemimpin masyarakat peringkat daerah dan kampung melaksanakan tugas serta tanggungjawab sambil memain peranan membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai konsep 1Malaysia kepada masyarakat diperingkat akar umbi.

Katanya,pemimpin masyarakat yang juga sebagai mata dan telinga kerajaan hendaknya memberikan kefahaman yang jelas mengenai gagasan itu supaya rakyat tidak keliru dengan niat murni kerajaan yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Datuk Nasir,menjelaskan konsep 1Malaysia sebenarnya bukanlan asing bagi rakyat di Sabah kerana ianya telah lama dipraktikkan sejak sekian lama.

Ujarnya,negeri ini memiliki lebih 32 etnik dan anutan pelbagai agama memang mempunyai pertalian persaudaraan diantara kaum serta telah lama menjalani kehidupan harmoni yang gemilang melangkaui adat dan tradisi serta saling hormat menghormati sehingga telah dinobatkan sebagai negeri contoh perpaduan kaum yang cukup harmoni.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan Seminar 1Malaysia Ketua-Ketua Daerah;Wakil-Wakil & Ketua Anak Negeri;Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK anjuran Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah di Pekan Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah,Datuk Ustaz Mohd. Suhaili Said;Pengarah MHEAINS,Datuk Haji Ag.Sharin Alimin;Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,Datuk Jauzan Haji Sambakong;Hakim Mahkamah Anak Negeri,Encik Jupirin;Pemimpin UPKR Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Senallang,OKK Haji Musa Sabaani;Ketua Daerah Kawasan Sulabayan,Datuk Haji Malali Mali;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Encik Ong Hang Seng dan Kapitan Cina Kawasan Bugaya, Encik Joseph Lo serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang turut mengingatkan rakyat tidak terpengaruh dengan pelbagai propaganda golongan tertentu yang disebarkan melalui blog sosial sebaliknya mendapatkan maklumat yang tepat melalui pemimpin-pemimpin masyarakat serta pejabat daerah.


KAPITAN CINA...Datuk Nasir (kanan) bersalaman dengan Kapitan Ong Hang Seng (dua kiri) sambil diperhatikan Kapitan Datuk Chao Yan San(dua kanan) dan Kapitan Joseph Lo (kiri) sempena Seminar 1Malaysia di Semporna.

Katanya,keadaan perairan dan daerah itu sehingga kini tetap aman dan tidak seperti yang digembar gemburkan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mencari publisiti murahan.

Sementara itu beliau menegaskan dalam RMK-10 kerajaan melalui pelbagai agensinya sedang giat merancang pelbagai pembanguna untuk kesejahteraan rakyat negara ini selaras dengan konsep yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Beliau menegaskan ketiga-tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna tetap akan terus berusaha sepenuhnya membangunkan daerah itu dengan pelbagai keperluan asas sebagai pengabdian kepada rakyat yang telah memberikan mandat serta kepercayaan kepada kerajaan BN termasuklah berusaha merancang pembinaan semula rumah-rumah penduduk yang terlibat kebakaran akhir disember lalu.

No comments:

Post a Comment