Tuesday, February 2, 2010

Lipat ganda gerakan dakwah Islamiah-Datuk Nasir Tun Sakaran


DENGAN RASMINYA..Datuk Nasir (kiri) disaksikan Datuk Ronald Kiandee (kanan) dan Datu Liman (tengah) menandatangan plak perasmian SAR Lintabung,Sugud-Beluran sempena majlis itu.
 


SUGUT,Beluran: Menteri DiJabatan Ketua Menteri mennyarankan badan-badan agama Islam negeri dan persekutuan sentiasa berusaha melipat ganda gerakan dakwah serta mengekalkan program sedia ada sambil mengenalpasti kaedah atau metodologi dakwah terkini bagi merancakkan lagi gerakan dakwah Islamiah selain sentiasa bermuhasabah diri memperbaiki kelemahan yang dilaksanakan selama ini bagi menambat hati saudara se-muslim khususnya dan umat Islam keseluruhannya di Negara ini.

Katanya,mereka juga harus sedar dan tidak alpa dengan gerakan-gerakan dakwah yang tidak sealiran yang sentiasa mencabar dan bergerak dengan secara manual serta tidak pernah mengenal bosan dan putus asa.

Nasir berkata,Ngo’Islam sentiasa dituntut sentiasa mempertingkat azam dan usaha melaksanakan kerja-kerja dakwah dengan lebih gigih serta mengambil kira cabaran semasa dimana masyarakat di kawasan luar bandar atau pedalaman termasuk saudara se-muslim pada lazimnya sangat menghargai kehadiran para pendakwah yang dianggap mereka orang yang sentiasa dirindui memberikan bimbingan agama.

Sehubungan itu badan-badan yang bertanggungjawab khususnya Ngo’s Islam perlulah mengambil langkah lebih proaktif dengan melakukan lawatan sambil menziarahi saudara-saudara semuslim dengan lebih kerap dan melibatkan mereka dalam program-program yang mampu meningkatkan keimanan terhadap agama Islam.

Datuk nasir berkata demikian sempena majlis Perasmian Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Lintabung,Sugud.

Hadirsama sempena majlis itu Timbalan YDP Speaker Dewan Rakyat Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beluran,Datuk Ronal Kiande,Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah merangkap Adun Tanjung Kapur,Teo Chee Kang,Pengarah YADIM Zon Sabah,Datu Liman Datu Hussin,Timbalan Pengarah JHEAINS,Haji Rumaling Epit,Setiausaha Rendah 1 JKM,Haji Said Hinayat,Ketua Bahagian UMNO Beluran,James Ratib serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Datuk Nasir yang juga Menteri Bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,berkata kerajaan sedang berusaha mempertingkatkan kemudahan infrastruktur dan penambahan tenaga pengajar yang berkebolehan dan mempunyai daya tahan serta daya saing.

Katanya,dengan kewujudan SAR dan kelas-kelas KAFA oleh JAKIM hari ini telah membawa erti yang besar kepada umat Islam khususnya di kawsan perkampungan saudara semuslim di pedalaman dan luar bandar.




REPLIKA CHEK...Datuk Nasir (dua kanan belakang) bersama Datuk Ronal Kiande(dua kiri belakang) menyaksikan penyampaian replika cek untuk sumbangan pembinaan Asrama Desa Kampung Ulu Lingkabau,Sugud oleh YB Teo Chee Kang (dua kanan) kepada Datu Liman (kiri) sempena majlis itu di Kampung Lintabung ,Sugut-Beluran.


Datuk Nasir juga memuji usaha yang dilakukan Yayasan dakwah Islamian Malaysia Zon Sabah yang sentiasa bergerak maju melaksana aktiviti dakwah seperti program pengislaman,mebina surau,membina rumah dan melaksana aktiviti susulan di kampong saudara semuslim dengan kerjasama yang erat daripada Jabatan Kemajuan islam Malaysia (JAKIM) JHEAINS;USIA dan pertubuhan bukan kerajaan (Ngo).

Katanya,usaha seumpama itu menunjukkan badan-badan ini mampu bekerjasama dalam misi yang sama untuk memacu perkembangan dakwah dan syiar Islam di negeri ini kea rah kecemerlangan.

Sempena majlis itu juga Datuk Nasir merasmikan bangunan SAR bernilai RM40 ribu;menyampaikan bantuan kepada saudara semuslim berupa makanan dan buku simpanan Tabung Haji dan menyaksikan majlis penyampaian sumbangan Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) berupa dana berjumlah RM225.000 daripada Pengerusi PPS,YB Chee Kang kepada Datu Liman bagi biaya pembinaan Asrama Desa Kampung ulu Lingkabau,Sugud serta penyampaian sijil oleh Datuk Ronal Kiandee kepada peserta-peserta majlis Ziarah Mesra rakyat Kampung Lintabung.

 

No comments:

Post a Comment