Friday, February 5, 2010

Perbanyakkan Aktiviti Mengimarahkan Masjid-Datuk Nasir Tun Sakaran



PAMERAN GAMBAR MBR...Datuk Nasir (tengah) diringi Haji Abd Jamal (kanan) dan Haji Dollah Mahmood (kiri) memotong pita sempena merasmikan pameran gambar aktiviti 10 tahun Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di ruang legar MBRKK.



KOTA KINABALU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Nasir Tun Sakaran,menyarankan semua jawatankuasa masjid dan surau diminta memperbanyakkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau masing-masing bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Katanya aktiviti tidak seharusnya tertumpu kepada aktiviti kerohanian semata-mata sebaliknya merangkumi pelbagai aktiviti termasuk kenduri sekampung, pameran makanan halal, ceramah kesihatan serta pameran sains.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di negeri Sabah, menjelaskan penganjuran aktiviti berkenaan perlu melibatkan semua lapisan masyarakat Islam yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.

Katanya, jawatankuasa masjid bertanggungjawab dan memikul amanah yang besar untuk mengimarahkan masjid demi kesejahteraan kariah masing-masing.

Selain itu katanya, mereka juga boleh menjalin kerjasama pintar dengan agensi kerajaan serta pihak swasta untuk menganjurkan kegiatan yang memberi menfaat kepada penduduk setempat.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pameran Aktiviti 10 tahun dan kad pintar Masjid, di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Masjid berkenaan yang mula digunakan sejak 10 tahun lalu telah menjadi antara mercu tanda baharu kepada Kota Kinabalu, sekaligus menjadi tarikan kepada pelancong luar dan dalam negeri.

Hadirsama sempena majlis itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu,Haji Ab Jamal Tun Sakaran;Setiausaha MBRKK,Haji Yahamad Budin;Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pameran,Haji Dollah Hj Mahmood;Imam MBRKK,Tuan Imam Losman Linjal serta sebahagian AJK MBRKK.

Masjid ini selepas diubah suai mempunyai ruang sembahyang tambahan dan kini ia mampu memuatkan 12-ribu jemaah dalam satu-satu masa.

Masjid ini juga merupakan satu-satunya masjid yang mempunyai tasik dan pusat pemeliharaan ikan airpayau.
PELAWAT KENAMAAN...Datuk Seri Musa (tengah) diringi Abd jamal (tiga kanan),Haji Yahamad (kiri) dan Dollah Mahmood (dua kanan) yang turut menunaikan solat Jumaat di MBRKK merupakan Pengunjung Kenamaan Pertama ke galeri pameran aktiviti 10 tahun MBRKK.


Sehubungan itu,Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman yang menunaikan solat Jumaat di MBRKK merupakan Orang Kenamaan yang pertama menjadi pengunjung galeri pameran itu.


 
PAMERAN..Datuk Nasir diringi Abd Jamal Tun Sakaran (dua kanan) dan Dollah (dua kiri) sempena majlis itu diMBRKK

No comments:

Post a Comment