TAHNIAH….Abdullah ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta di majlis tersebut
Oleh:Jaafar Abd Wahid
KUDAT: Untuk kelinder program tahun ini Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah mengenalpasti program program besar dakwah untuk dilaksanakan bagi memperhebatkan lagi gerakan dakwah.
Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, antara program yang akan telah dan akan dilaksanakan Program Ziarah Sekampung, program Usrah USIA khemah dakwah ,klas penagjian Islam dan juga Forum Perpaduan .
“ Semua program ini akan akan melibatkan pengajian agama kepada umat Islam memandangkan ilmu agama perlu oleh segenap lapisan umat Islam” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Kursus Fardu Ain dan Fardu Kiyah anjuran Wanita USIA bahagian Kudat di Dewan Pusat Latihan Dakwah Sikuati dekat sini baru baru ini.
Menurut Abdullah perlaksanaan semua program dakwah ini membuktikan pertubuhan tersebut komited
untuk mengembangkan syiar Islam di negeri ini khususnya dalam memberikan penerangan bagi umat Islam memahami isu semasa terutamanya yang menyentuh soal aqidah
“ Kita berharap gerakan serta perlaksanaan setiap program dakwah ini bukan sahaja dilakukan oleh ibu pejabat USIA, malah di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan USIA juga mereka perlu komited menganjurkan program program dakwah dan keilmuan yang dapat dimanafaatkan oleh umat Islam “ tambah Abdullah.
Dalam perkembangan berkaitan Abdullah juga turut memuji usaha yang dilakukan oleh Wanit USIA bahagian Kudat yang menganjurkan program tersebut dimana menurut beliau melalui kursus seperti itu para peserta akan dapat didedahkan dengan pelbagai ilmu terutamanya dalam bidang ilmu fardu Ain dan fardu Kifayah.
Di majlis tersebut lebih dari 100 orang peserta dari 4 buah kampong telah menyertai kursus tersebut .
No comments:
Post a Comment