SEMAK…Lajim sambil diperhatiankan oleh Saridah bersama ahli jawatankuasa Puteri Umno Beufort turut menyemak ternatif program pergerakan itu sepanjang tahun ini
Oleh:JAAFAR ABD WAHID
KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort akan terus memainkan peranannya bagi menyokong aspirasi parti dan kerajaan termasuklah bersedia terhadap perkembangan semasa khususnya program terbaru yang dinamakan Juara Rakyat.
Ketunya Saridah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun berkata pergerakan itu bersama kepimpinan di peringkat bahagian termasuklah di peringkat akar umbi perlu memahami hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya untuk melihat parti ini lebih berjiwa rakyat dan terus berada di landasan perjuangannya.
MESRA….Lajim yang diiringi oleh Saridah berbual mesra
bersama ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri Umno Beaufort
sejurus tiba di majlis tersebut
“Kita telah pun menggariskan tumpuan yang bakal dilaksanakan oleh ahli-ahli pergerakan ini khususnya dalam memastikan kesinambungan perjuangan terus relevan dengan mengaktifkan pelbagai progam dan aktiviti yang bertemakan Juara Rakyat, termasuklah mendekati golongan muda menyertai parti dan menyokong kerajaan ” katanya ketika ditemui selepas mengetuai pergerakan itu jmengadakan perjumpaan muhibah bersama Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di sini petang kemarin.
Pada sesi perjumpaanitu , Saridah yang juga Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) turut menjelaskan beberapa siri program dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pergerakan itu sepanjang tahun ini antarannya mengerakkan kempen keahlian dan daftar pemilih pengundi yang dilaksanakan dari masa ke semasa
Sementara itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa ditemui di majlis yang sama turut menzahirkan penghargaan dan terima kasihnya atas komitmen yang ditunjukan oleh Pergerakan Puteri dalam setiap program yang dilaksanakan khususnya di bahagian Beaufort sebelum ini.
Katanya, pergerakan itu bukan sahaja telah memainkan peranan aktifnya semasa menghadapi pilihanraya umum yang lepas namun setiap masa sentiasa peka dan prihatin dengan kehendak ahli diperingkat akar umbi melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan .
“ Saya berharap ianya dapat diteruskan sesuai dengan program Juara Rakyat yang diperkenalkan oleh parti dimana program ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing tetapi ia diperincikan dengan lebih teratur dan mantap melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, perekonomian, sosial dan NGO serta pelbagai lagi jenis program yang telah ditentukan.” tambah Lajim
Dalam perkembangan yang lain Ahli Parlimen Beaufort ini juga mahukan anggota Puteri akan meneruskan khidmat bakti mereka kepada parti sekali pun terpaksa melepaskan jawatan dalam pergerakan Puteri kerana faktor umur
“ Saya berharap khidmat bakti kepada parti akan tetap diteruskan meskipun sudah tidak menjadi anggota pergerakan Puteri dimana ianya boleh diteruskan pula dalam Pergerakan Wanita sebagai medan untuk meneruskan agenda perjuangan parti:” katanya Oleh: Jaafar Abdul Wahid
No comments:
Post a Comment