Wednesday, February 3, 2010

USIA Komited Bantu Kerajaan Gerakkan Program Dakwah-Tun Sakaran



DIHARGAI…Musa turut menerima cendera kenangan dari Sakaran diakhir pertemuan tersebut.


Oleh:Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) komited membantu kerajaan mengembangkan syiar Islam di negeri ini melalui pelbagai program serta pendekatan dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut pada masa kini dan akan datang.

Jaminan ini disuarakan oleh Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai semasa mengetuai rombongan USIA yang melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman di Wisma Innoprisse pagi kemarin.




ALBUM KENANGAN…Musa dan Sakaran bersama ahli-ahli majlis tertinggi USIA turut merakamkan gambar kenangan semasa kunjungan tersebut



Turut mengiringi kunjungan tersebut Timbalan Yang Dipertua USIA Tan Sri Ampong Puyun,Naib-naib Yang Dipertua USIA,Setiausaha Agung USIA Datuk Haji Abdullah Hussin,Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah Haji Matusin Sunsang dan ahli-ahli Majlis Tertinggi USIA

Menurut Sakaran Dakwah yang menjadi keutamaan pada setiap program yang dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut akan sentiasa digerakkan,dan diperbaharui bagi memenuhi aspirasi masyarakat Islam terutama dalam menghadapi cabaran masa kini .

“ Kita amat beterima kasih kepada kerajaan Pusat dan Negeri bukan sahaja memberikan peruntukan setiap tahun kepada pertubuhan ini, namun sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha-usaha USIA melaksanakan pelbagai program dakwah” katanya.

Untuk rekod kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM500,000 setiap tahun kepada USIA sementara kerajaan Negeri memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membantu pertubuhan tersebut melaksanakan program dakwah disamping perbelanjaan pengurusan pentadbiran USIA.

Sakaran menambah selain memberikan tumpuan terhadap bidang dakwah pertubuhan tersebut juga turut memberikan perhatian terhadap bidang pendidikan dan ekonomi

katanya, kejayaan Umat Islam di masa depan bukanlah semata-mata berdasarkan kepada kekayaan sumber alam akan tetapi yang lebih utama adalah modal insan yang berilmu dihiasi semangat keusahawanan bagi memantapkan ekonomi masyarakat Islam

Sementara itu Musa yang juga Menteri Kewangan semasa berucap di majlis tersebut berharap USIA bersama beberapa jabatan,agensi dan badan NGO Islam yang lain dapat menyelaraskan secara bersama program program dakwah di negeri ini.

Katanya melalui kerjasama serta perkongsian pintar bukan sahaja gerakan dakwah dapat dimantapkan namun ianya akan menjadi wadah bagi masyarakat Islam disatupadukan




No comments:

Post a Comment