BEAUFORT: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah PBBS Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ( gambar )mengajak masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli persatuan tersebut agar menilai semula sejarah perjuangan PBBS sejak 33 tahun ianya ditubuhkan bagi membentuk asas kepada masa depan yang lebih baik untuk direntasi bersama
Katanya, jika masyarakat Bisaya ingin berada di hadapan keluk kemakmuran, mereka harus berani dan tegas bagi melaksanakan perubahan dan pembaharuan sementara pengorbanan pula perlu untuk meningkatkan produktiviti, daya saing serta menguasai ilmu dan kemahiran baru.
“kunci kepada kejayaan masa depan bukanlah semata-mata bersandarkan kekayaan sumber alam akan tetapi yang lebih utama adalah modal insan yang berilmu dihiasi semangat ingin maju sebagai asas utama untuk mencipta kejayaan dan kecermalangan” katanya dalam buku perutusan sempana Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 PBBS yang akan diadakan pada sabtu ini bertempat di Dewan masyarakat Pa Musa Beaufort.
Mesyuarat tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan akan dihadiri hampir 400 orang perwakilan dari cawangan cawangan PBBS di seluruh Negeri ini
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kemajmukan dan kepelbagaian yang diwarisi dan wujud di negara ini adalah satu nikmat dan satu rahmat yang perlu pelihara dan pertahankan bersama disamping memanfaatkan nikmat kemakmuran dan kemajuan yang sediaada ini sebaik mungkin agar bangsa kita khususnya masyarakat Bisaya tidak akan tercicir dari arus pembangunan perdana nagara
“ Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang perlu dihayati semua lapisan rakyat tidak terkecuali masyarakat Bisaya agar dapat membantu usaha-usaha kerajaan untuk memperkukuhkan tahap perpaduan kamu di Negara ini sebagai eleman penting untuk menjana kemajuan dan kemakmuran Negara” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Ahli Parlimen Beaufort ini juga mengajak masyarakat Bisaya agar terus mempertahankan adat resam serta nlai budaya masyarakat Bisaya yang bukan sahaja perlu dipelihara malah ditonjolkan sebagai prodak pelancongan yang boleh membantu mempertingkatkan industri pelancongan disamping memberikan pulangan ekonomi khususnya kepada kaum tersebut.
“ Jika tidak ada usaha berterusan untuk memelihara dan memasyarakatkanya ,kita bimbang ianya akan terhakis dengan ledakan kemajuan teknologi maklumat yang membolosi cara serta pemikiran kita dengan kehadiran budaya luar ekoran dari kemajuan tersebut” tambah Lajim
No comments:
Post a Comment