Thursday, January 14, 2010

Felda berminat terokai tanaman rumpai laut


RUMPAI LAUT...Datuk Nasir (dua kiri) menjelaskan sesuatu kepada Datuk Zulkifli(kiri) mengenai potensi tanaman rumpai laut sempena lawatan itu di Semporna.

SEMPORNA: Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) bercadang untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti penanaman rumpai laut (Sea weed ) khususnya di daerah Semporna.

Pengarah Besar FELDA, Dato Dzulkifli Wahab menjelaskan, pihaknya masih diperingkat awal perbincangan dengan kerajaan negeri , termasuk membuat kajian mengenai keperluan logistik, teknik penanaman yang sesuai, kos serta hasil tuaian.

Dzulkifli berkata demikian selepas melakukan lawatan dan meninjau sendiri aktiviti penanaman rumpai laut di sekitar perairan Semporna bersama Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran dan rombongan.

Katanya, FELDA juga dijangka akan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk mengingkatkan hasil dengan kos yang minimum.

Turut serta sempena lawatan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba dan Pengurus Besar FELDA Negeri Sabah,Juany Salleh.

Mengulas perkara itu Datuk Nasir menjelaskan, kerajaan negeri pada dasarnya tidak menghalang usaha FELDA memajukan tanaman rumpai laut di daerah itu yang dilihat mampu membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

TANAMAN RUMPAI LAUT...Datuk Nasir (dua kiri) memberi taklimat ringkas mengenai teknik penanaman rumpai laut kepada Dato' Zulkifli (kanan) sempena meninjau projek penanaman rumpai laut di perairan laut Semporna.



Katanya, FELDA perlu mengemukakan permohonan dan melalui proses biasa termasuk menilai keupayaan felda untuk meningkatkan hasil rumpai laut di negeri ini.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal FELDA di Sabah menjelaskan, hanya peserta yang layak akan disenaraikan menjadi peserta jika cadangan itu menjadi kenyataan kelak.

Katanya, perairan Semporna merupakan lokasi paling sesuai untuk projek tanaman rumpai laut serta mampu menghasilkan rumpai laut yang bermutu tinggi.

Sehubungan itu berdasarkan perkembangan semasa, kini lebih 30 ribu ekar kawasan laut telah diusahakan dengan projek penanaman rumpai laut oleh syarikat dan orang-orang persendirian.







No comments:

Post a Comment