Oleh:Jaafar Abd Wahid
KUCHING: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji LajimHaji Ukin berkata ,program House Build 2009 diharapkan akan menjadi jambatan bagi Kementerian beliau melaksanakan khidmat sosial kepada masyarakat yang amat memerlukanya terutamanya dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa
Katanya Program yang dilaksanakan sempena dengan sambutan sambutan Hari Habitat Sedunia, selaras dengan dengan objektifnya iaitu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan semasa penempatan manusia dan hak setiap invidu untuk memiliki tempat tinggal selesa.
“Walaupun kementerian tidak mempunyai peruntukan khusus untuk melaksanakan program ini,yang mana di laksanakan sempena dengan sambutan Hari Habitat sedunia tahun ini namun ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab social kerajaan khususnya kementerian ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan” katanya ketika ditemui selepas majlis penyempurnaan Projek House Build 2009 di pekarangan Surau Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, di sini baru baru ini
Hadir sama di majlis tersebut Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Haji Abdul Wahab Aziz,ADUN Pantai damai Dr.Abdul Rahman Junaidi ,Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Haji Mohd.Atei Abang Medaan dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Arpah Abdul Razak.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata projek perintis ini melibatkan peruntukan sebanyak RM15,000 bagi setiap rumah dan enam buah rumah, masing-masing dua buah di Kota Kinabalu, Kuching, dan Kuala Terengganu telah diperbaiki.
"Semua rumah dijangka siap sepenuhnya pada bulan ini," katanya.
Lajim berkata rumah-rumah dipilih berdasarkan kepada isi rumah yang didaftarkan di bawah sistem e-Kasih, satu sistem pangkalan data dibangunkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
Beliau menyarankan syarikat korporat dan NGO menghulurkan bantuan bagi melaksanakan projek seumpamanya pada masa depan dan membantu golongan miskin.
"Ini merupakan antara inisiatif kerajaan membasmi kemiskinan tegar di samping mengurangkan kadar kemiskinan bandar," katanya sambil menambah kata bahawa Bahagian Kemiskinan Bandar (BKB) telah mengenalpasti sekurang-kurangnya enam buah rumah keluarga miskin yang perlu diperbaiki pada tahun ini.
Sementara itu Ibu tunggal, Saadiah Suma, 55, dari Kampung Pulo Ulu, di sini yang sebelum ini khuathir rumah usang didiaminya sekeluarga akan runtuh setiap kali musim tengkujuh, kini berasa lega rumahnya selesa.
Rumah kecil usang peninggalan turun temurun nenek Saadiah yang didiami bersama ibunya, tiga anak, termasuk seorang anak perempuan dan menantu, serta empat cucunya berwajah baru hasil pembinaan semula di bawah Projek Pembaikan Rumah-rumah atau lebih dikenali Projek House Build yang dilaksanakan sebuah badan bukan kerajaan, Habitat for Humanity (HFM) Malaysia sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009, kini siap.
Rumah sebuah bilik, dapur terbuka, tiada kemudahan tandas dan atap rumah yang sebelum ini diliputi dengan kain kanvas dibina semula dengan tambahan sebuah bilik tidur dan dilengkapi kemudahan tandas dan dapur.
"Saya berasa sangat gembira dan bersyukur atas bantuan yang dihulurkan. Kini, kami memiliki tempat tinggal yang selesa” katanya .
SALAM…Lajim bersalaman dengan pemimpin masyarakat tempatan sejurus tiba ke majlis tersebut
No comments:
Post a Comment