Wednesday, March 24, 2010

Denda RM100 ribu menanti pembuang sisa pepejal-DSP Lajim Ukin

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang diberikan kepada mereka di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi menangani perbuatan membuang sisa pepejal atau sampah di merata tempat di negara ini.
        Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata (gambar ),denda minimun sebanyak RM10,000 sehingga RM100,000 menanti mereka yang degil ini sekiranya larangan terhadap perlonggokan dan pengolahan sisa pepejal tanpa kebenaran tidak dipatuhi.
      “ Pesalah ini juga boleh dikenakan penjara selama enam bulan ataun tidak lebih lima tahun penjara” katanya
       Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan wakil dari Padang Besar Perlis Datuk Seri Azmi Khalid yang ingin tahu sama ada kerajaan atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai strategi jangka panjang bagi mempastikan Negara bebas dari pencemaran samah yang dibuang di merata rata tempat oleh orang ramai walaupun ia dalam kawasan pihak berkuasa tempatan 9pBT)
       Disamping itu Lajim berkata, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan menjalankan penguatkuasaan dengan lebih kemas dan kerap bagi memastikan orang ramai tidak membuang sisa pepejal sesuka hati.
      Sehubungana dengan itu menurut Lajim kementerian beliau turut menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti tong-tong sampah yang disalurkan terus kepada PBT untuk di tempatkan di tempat-tempat awam yang strategik bagi memudahkan orang ramai membuang sisa pepejal secara lebih terurus.
      Lajim menambah sejumlah RM1,028790.00 telah dibelanjakan bagi tahun 2006 hingga 2008 untuk pembelian tong -tong sampah yang dibekalkan kepada PBT di Negara ini, sementara lebih RM3 bilion siling diperuntukkan untuk pengurusan sisa pepejal dibawah RMK-9.
      " Bagi tahun 2010 pula, sejumlah R783,500,010.00 diperuntukkan untuk maksud yang sama," katanya.Oleh:Jaafar Abd Wahid











No comments:

Post a Comment