Sunday, March 28, 2010

Wujudkan pasukan basmi kebersihan pekan dan bandar-Datuk Nasir



KENANGAN MDS...Datuk Nasir (duduk lima kanan);Datuk Harman (empat kiri);A.M.Ibnu (lima kiri);Datuk Jaujan (empat kanan);Mohd Said Hinayat (tiga kiri);DSP Mohd Azim Khan (dua kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama ahli-ahli MDS bagi sesi 2010/2011 di Semporna.

SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan pihak Majlis Daerah Semporna (MDS) mengwujudkan `team' khusus menjaga kebersihan pekan Semporna.

Katanya,peranan ahli-ahli MDS amat diharapkan bagi menggalas tugas membantu MDS dan Pejabat Daerah Semporna memastikan kebersihan kawasan pekan kerana daerah ini yang dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan tersohor harus sentiasa bersih dan tidak menjadi isu kepada pelancong luar.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang,mengingatkan semua ahli MDS yang baru dilantik menggalas dengan lebih komited membantu pengurusan Majlis Daerah serta mencurahkan bakti kepada kemajuan dan pembangunan daerah demi mengangkat nama daerah ke mercu gemilang.

Katanya,dengan adanya pelbagai program yang diwujudkan dan bakal diwujudkan oleh MDS akan lebih merancakkan lagi pembangunan ekonomi daerah itu dan memerlukan kerjasama yang erat daripada ahli-ahli Majis Daerah yang baru dilantik.

Nasir berkata demikian sempena merasmi dan menyaksikan majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Semporna bagi sesi 2010/2011 di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Adun Sulabayan yang juga Pengerusi Baitul Maal Negeri Sabah,Datuk Haji Harman Mohammad;Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Setiausaha Rendah 1, MJKM,Haji Siad Hinayat,Setiausaha Politik Kepada Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar & Wilayah,Datuk Jaujan Sambakong,Ketua Polis Daerah Semporna,DSP Mohd Azim Khan;Wakil SUT Kementeri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,Abdul Ghafar serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Sehubungan itu,Pegawai Daerah Semporna yang juga Pengerusi Majlis Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba,menjelaskan MDS komited menjaga kebersihan pekan dan ianya merupakakan agenda utama MDS untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Katanya,meskipun demikian isu kebersihan itu bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan isu sampah di daratan malah berhadapan dengan sampah sarap di kawasan laut.

Ujarnya,dalam usaha menangani masalah sampah di kawasan pekan pihak MDS telah melantik lebih 30 orang pekerja bergaji hari sejak dua tahun lalu yang terdiri daripada warga tempatan.
Katanya,MDS juga kini merancang melantik 30 orang pekerja lagi bagi menampung keperluan semasa Pesta Regatta Lepa yang akan diadakan pada April depan.

Selain itu,pihak MDS juga telah mengambil beberapa langkah meningkat taraf kebersihan masyarakat setempat.

Sebagai sebuah daerah pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,MDS telah menyediakan Plan Induk Landskap jangka panjang hingga 2020 yang telah dipersetujui oleh Jabatan Landskap Negara.Oleh:ARSHAD HUSSIN.




No comments:

Post a Comment