Tuesday, March 2, 2010

YDP DAN TYDP USIA HADIR KE SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN


HADIR SAMA...Kelihatan Lajim (kiri) sekali Sakaran (tiga dari kiri)
bersama kenamaan lain semasa menghadiri perhimpunan
sambuatan Mailudur Rasul peringkat kebangsaan di Majis Putra,Putrajaya pagi pagi jumaat lepas.


HADIR SAMA....Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai bersama Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin adalah antara pemimpin pertubuhan Islam yang turut hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' di Masid Putra Putra Jaya pada jumaat lepas.


Sambutan tahun ini disambut meriah dengan penyertaan 106 kontinjen perarakan melibatkan 6,979 orang peserta.

Uniknya pada tahun ini, selepas perarakan berlangsung bermula di Istana Kehakiman hingga ke Dataran Putra, majlis diteruskan di Masjid Putra sebagai simbolik bagi mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan risalah kepada umat Islam.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berkenan ke majlis tersebut.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani isteri masing-masing.Oleh:Jaafar Abd Wahid

No comments:

Post a Comment