Tuesday, March 2, 2010

Patuhi Spesifikasi Pembinaan Bangunan Perniagaan-Datuk Nasir:

IKUT PERATURAN...Datuk Nasir (dua kiri) diringi A.M.Ibnu (kanan) dan Tahir Amir (kiri)
mendengar penjelasan Datuk Jimmy Pang (dua kanan) sempena lawatan dan tinjauan itu di Semporna.

Semporna: Menteri diJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan pemaju-pemaju bangunan perniagaan sentiasa mematuhi peraturan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan apabila membina bangunan kedai.

Katanya,pihak pemaju perlu lebih mengutamakan kepentingan orang ramai terutamanya menempatkan kawasan letak kereta yang sesuai dan tidak menyusah serta membahayakan pengguna jalanraya selain menjaga tahap kebersihan kawasan bangunan.

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Senallang berkata demikian sempena melakukan lawatan dan tijauan ke bangunan pekan baru Semporna.

Turutserta dalam tinjauan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan DUN Senallang,Haji Tahir Amir,Pemaju Bangunan Perniagaan,Datuk Jimmy Pang.

Nasir berkata,selaku pemimpin yang bertanggungjawab beliau sentiasa memantau pembinaan bangunan-bangunan perniagaan di kawasan itu dan berharap semua pemaju bangunan di kawasan itu tidak mengabaikan peraturan dan keselamatan orang awam.

Sempena tinjauan itu juga Datuk Nasir meminta pihak Majlis Daerah Semporna meningkatkan tahap kebersihan di kawasan pekan terutamanya di kawasan jeti berhampiran Pasar Besar Semporna.Oleh;ARSHAD HUSSIN.

No comments:

Post a Comment