Wednesday, March 3, 2010

Hati - hati Ejen Pekerjaan Cuba Perdaya Belia Sabah : Jainab

(Berita Sabah)


March 02, 2010 17:41 PM

SANDAKAN, 2 Mac (Bernama) -- Golongan belia di Sabah diminta supaya berhati-hati ketika menerima tawaran ejen untuk bekerja di Semenanjung Malaysia atau di luar negara bagi mengelak mereka diperdaya.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata terdapat ejen pekerjaan terutama yang beroperasi secara haram mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan menjadikan belia dari Sabah sebagai golongan sasaran mereka.

"Apabila ditipu, ada belia dari negeri ini terkandas di Semenanjung Malaysia atau di luar negara," katanya pada majlis penyampaian sijil kursus kecantikan anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah di sini Selasa.

Jainab berkata faktor utama belia dari Sabah terkandas di Semenanjung Malaysia dan luar negara adalah helah ejen yang menawarkan pekerjaan dengan gaji tinggi.

Katanya kerajaan mengalami kesukaran mengenal pasti golongan belia terbabit kerana tidak mendapat kerjasama dan maklumat daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa.-- BERNAMA





No comments:

Post a Comment