Sunday, March 7, 2010

Pertahan Bahasa Ibunda dan Adat Budaya Sukukaum-Nasir Tun Sakaran


MESRA PEMIMPIN...Datuk Nasir (kiri) dan Datuk Harman (dua kiri)
beramah mesra dengan sebahagian ibubapa OKU sempena majlis itu di Semporna.


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan golongan ibubapa mengajar bahasa ibunda kepada anak-anak mereka disamping pendidikan akademik dan agama.


KENANGAN BAKISA...Datuk Nasir (kiri) dan Datuk Harman(kanan)sempena majlis itu di Semporna.


Katanya meskipun bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris penting mereka pelajari namun bahasa ibunda juga harus dipertahankan sebagai bahasa warisan sesuatu kaum.

Nasir menjelaskan dalam zaman yang semakin moden serta canggih dengan pelbagai pengaruh dunia IT melalui media massa dan letronik anak-anak generasi kini didapati kurang atau tidak tahu berbahasa ibunda sukukaum mereka.

Selain itu mereka juga diminta mempertahankan amalan tradisi sukukaum dalam sesuatu perayaan,majlis kenduri-kendara,majlis perkahwinan termasuk adat dan budaya yang diwarisi daripada nenek moyang zaman berzaman dan tidak bercanggah dengan hukum agama bagi masyarakat Islam.

Nasir berkata demikian semasa ditemui dalam majlis Program Semai Bakti anjuran BAKISA di Semporna.

Nasir berkata,adat dan budaya sesuatu kaum itu melambangkan kekayaan budaya yang mampu mempamerkan warnawarni dunia kehidupan rakyat sesebuah negara berbilang kaum.

Beliau menambah dengan memiliki generasi baru daripada lebih 32 ethnik Sabah yang tahu berbahasa ibunda dan tahu dengan amalan tradisi sukukaum mereka sudah pasti mampu menarik pelancong luar kagum dengan rakyat majmuk Malaysia yang hidup dalam negara aman,makmur dan berbudaya luhur.Oleh:Arshad Hussin

No comments:

Post a Comment