Wednesday, March 3, 2010

Hargai Keharmonian Kaum-Datuk Mukriz Tun Mahathir


SALAM PEMIMPIN...Datuk Mukriz (tengah) diringi Mohd Azis (kanan)
bersalaman dengan sebahagian ahli-ahli UMNO sempena majlis itu di Semporna.

Oleh:MAJ

Semporna:Pergerakan Pemuda UMNO Semporna telah menganjurkan Program Mesra Rakyat yang disempurnakan oleh Timblan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir di Kampung Bubul Semporna.


KENANGAN BERSAMA...Datuk Mukriz mengabadikan gambar kenangan
bersama sebahagian pemuda-pemuda UMNO Semporna.


Mukhriz menekankan bahawa pentingnya bagi rakyat Malaysia menghargai keharmonian kaum yang telah sekian lama terjalin sehingga menjadikan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang boleh hidup dalam keadaan aman walaupun mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Katanya, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO juga telah berjaya meletakkan nama Malaysia ini dipentas antarabangsa.

Jasa-jasa kerajaan Barisan Nasional didalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir perlu diberi pengiktirafan dan dipertahankan.

Mukhriz juga menasihatkan masyarakat didaerah Semporna agar tidak terpengaruh dengan hasutan dan mainan politik parti pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang sering mencari jalan untuk mengwujudkan keadaan kucar-kacir di dalam negara dan memecahbelahkan kaum demi cita-cita politik iaitu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mukriz berkata, hubungan parti-parti pembangkang didalam pakatan rakyat juga sebenarnya hanyalah hubungan tanpa keserasian kerana perbezaan ideologi ketara antara mereka hingga mengakibatkan akhir-akhir ini ramai pemimpin-pemimpin mereka sendiri bertindak keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Katanya.ahli-ahli UMNO juga perlu berjuang dengan ikhlas dan tidak terlalu memikir kepentingan diri.

Dalam majlis yang sama, Datuk Mukhriz mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Mohd Aziz Jamman dan ketua masyarakat di Kampung Bubul, Mahadi Jaya kerana menganjurkan program yang sememangnya menepati saranan YAB Perdana Menteri Malaysia agar mendahulukan rakyat, prihatin terhadap kesusahan rakyat dan yang paling penting membantu kepimpinan didalam memastikan segala permasalahan rakyat dapat diambil perhatian.
Pada majlis itu juga Datuk Mukhriz menyampaikan sumbangan peribadi kepada 20 orang fakir miskin berbentuk keperluan harian rumah dan wang tunai bagi membantu meringankan beban harian mereka.

Dalam program yang sama juga, Pergerakan Pemuda UMNO Semporna melalui ketuanya Mohd Azis Hj Jamman menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan sukan kepada 50 orang sukarelawan Karnival Sukan Rakyat (KASURA) anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Semporna pada 31 Disember 2009 yang lepas.

Penerima adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Pemuda Cawangan yang telah sukarela untuk membantu bagi menjayakan Karnival Sukan Rakyat yang lepas.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom,Jamawi Jaafar; Manis Muka Bt Hj Dara Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Semporna, Ketua Kampung Bubul Semporna, Wakil daripada Pergerakan Putri UMNO Bahagian Semporna serta semua ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Semporna.















No comments:

Post a Comment