Wednesday, March 3, 2010

Keperluan membina balai bomba di Putatan akan dikaji-DSP Lajim Ukin

KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji keperluan untuk mengwujudkan sebuah balai Bomba di kawasan Putatan.

Timbalannya Menteri Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kajian ini akan dilakukan bersesuaian dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di kawasan Putatan apa lagi kini ianya menjadi sebuah daerah penuh.

“ Setakat ini belum ada sebarang keputusan untuk mendirikan sebuah balai bomba baru di kawasan Putatan bagaimanapun ianya akan dipertimbangan dalam kajian separuh panggal dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) “ katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur kemarin sebagai mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Putatan agar sebuah balai Bomba didirikan di daerah tersebut.

Ketua Pemudanya Ir Shahelmey Yahya dalam satu kenyataan di beberapa buah akhbar tempatan baru baru ini meminta agar kerajaan membina sebuah Balai Bomba di daerah itu memandangkan kejadian kebakaran sering berlaku di daerah itu

Katanya, keperluan untuk mengwujudkan sebuah balai Bomba amat sesuai memandangkan Putatan merupakan sebuah daerah penuh dan mempunyai kepadatan penduduk yang sangat ramai serta banyak taman perumahan di wujudkan di daerah itu.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kerajaan menyedari akan kepesatan pembangunan yang berlaku di daerah Putatan sehubungan dengan itu katanya, kerajaan melalui kementerian beliau akan melakukan kajian lebih terperinci akan keperluan tersebut sebelum ianya dapat dilaksanakan.

“ Setakat ini kita masih boleh bertindak untuk membantu mengatasi kes kes kebakaran dengan menggunakan perkhidmatan Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat samaada dari daerah Kota Kinabalu atau Penampang bagi membantu menangani kes kes kebakaran di kawasan ini” katanya.
Dalam perkembangan lain Lajim turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka semasa musim kemaru ini kerana ia dikenalpastri sebagai punca utama beberapa laratan kebakaran yang berlaku

Beliau menegaskan,kebaran boleh ditangani jika masyarakat memberikan kerjasama dengan tidak sengaja melakukan sesuatu tindakan yang boleh menerbitkan punca kebakaran ini termasuklah sentiasa mengawasi tahap keselamatan dirumah yang boleh membawa punca berlakunya kes kes kebakaran.Oleh:JAW

No comments:

Post a Comment