Thursday, March 25, 2010

Islam perlu dihayati setiap masa-Datuk Nasir Tun Sakaran


PERARAKAN...Datuk Nasir dan Datuk Jaujan mengetuai perarakan mengelilingi pekan Semporna sempena Maulidur Rasul SAW di Semporna.

Semporna:Islam tidak hanya terletak pada tikar sembahyang dan masjid semata-mata tetapi ia perlu dihayati dan diamalkan setiap masa,kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Hj Nasir Tun Sakaran.

Katanya,Islam perlu dipraktikkan dalam segenap kehidupan.


Nasir menambah,majlis-majlis keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun merupakan suatu wahana menyedarkan umat Islam mengenai sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.

Ujarnya,majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah menyebarkan serya memartabatkan agama Islam.

Katanya,amalan secara tradisi ini merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan menyatukan masyarakat Islam yang datang dari pelbagai bangsa dan sukukaum.


HAYATI ISLAM...Sebahagian pemimpin dan masyarakat Islam memberi
sokongan padu sempena majlis itu di Semporna.
Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang berkata demikian sempena sambutan Maulidur Rasul 1431/2010. Peringkat Daerah Semporna di sini.

Hadirsama Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,Datuk Jaujan Sambakong,Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba,Ketua Polis Daerah,DSP Mohd.Azim Khan, kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai agama Islam Negeri Sabah,menjelaskan tema Maulidur Rasul "Memantap Ukhuwah,Memperkasa Ummah" perlu difahami dengan jelas bagi memperolehi maksud yang tersirat.

Katanya,dalam konteks nasional,kekuatan umat Islam adalah berlandaskan kepada rakyat berbilang sukukaum dengan pelbagai anutan kepercayaan.

Justru katanya,kekuatan negara ini yang dikecapi sejak merdeka perlu dipelihara dan diperkadakan kerana tiada cara lain selain daripada hidup dengan saling menghormati,bertoleransi kaum serta sentiasa taat kepada pemerintahan yang adil dan saksama.

Nasir berkata,sikap hormat mengormati tidak semestinya merujuk kepada kefahaman yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi orang muda sebaliknya konsep ini lebih luas maknanya dan berkaitan dengan hak sebagai rakyat Malaysia.

Katanya,setiap rakyat negara ini mempunyai hak masing-masing dan hendaklah bertindak mengikut landasan undang-undang dan perlembagaan dengan menjauhi prejudis dan fokus kepada persamaan.Oleh:Arshad Hussin

No comments:

Post a Comment