Wednesday, March 3, 2010

Pita Adegan Seks Sami, Pelakon Selatan India Terkenal Tersebar

03 Mac, 2010 22:14 PM

Oleh P. Vijian

CHENNAI, 3 Mac (Bernama) -- Seorang sami India terkenal, yang mempunyai ramai pengikut di India, Malaysia dan Amerika Syarikat, terlibat dalam skandal seks dengan seorang pelakon wanita terkenal Selatan India.

Berita sensasi itu menimbulkan kemarahan di seluruh Selatan India selepas video tidak bertarikh itu dibocorkan kepada media massa di Chennai, di mana sami terkenal itu terlibat dalam aksi dengan pelakon itu.

Saluran utama Sun News yang berpangkalan di Tamil Nadu, menyiarkan pendedahan itu tetapi tidak mendedahkan identiti pelakon wanita yang terlibat dengan wajahnya ditutup.

Akhbar Tamil tempatan membayangkan wanita yang terlibat dalam adegan itu ialah anak kepada seorang lagi pelakon wanita Tamil Selatan India yang terkenal.

Majalah Tamil dan akhbar-akhbar harian, yang menerbitkan berita itu, laris dijual di Chennai hari ini.

Di bazar Burma yang terkenal di Chennai, vendor yang menjual pita video menerima permintaan tinggi apabila orang ramai yang ingin tahu berbaris untuk mendapatkan pita video itu, yang habis dijual hari ini, lapor akhbar-akhbar Tamil di bandar raya ini.

Menurut saluran berita, sami itu, yang mempunyai ashram di beberapa tempat di Tamil Nadu dan Bangalore, dipercayai terlibat dalam hubungan seks rahsia dengan pelakon wanita itu.

Sami itu dilaporkan berada di Amerika sekarang dan dijangka pulang ke India tidak lama lagi. Pelakon wanita itu kini berlakon dalam drama bersiri Tamil.

Di beberapa kawasan Tamil Nadu, para perusuh merosakkan ashram sami itu dan melemparkan dengan kasut ke atas gambar dan posternya akibat marah.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment