Sunday, March 7, 2010

Jadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan-DSP Lajim Ukin


PENGHARGAAN…Lajim menerima cendera kenangan dari Sahari selepas merasmikan majlis tersebut



BEAUFORT: Umat Islam di negeri ini disaran menyelidiki, mengkaji dan menghayati isi kandungan al-Quran bagi menghadapi pelbagai cabaran berikutan pelbagai kemelut ekonomi, politik dan sosial yang berlaku sejak akhir-akhir ini.



IKATAN UKHWAH..Lajim bersalaman dengan pemimpin
masyarakat Islam setempat sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut
Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang menyarankan demikian, berkata. ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemasalahan ummah

Menurut beliau kitab Al-Quran membimbing umat Islam bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi.

“Al-Quran mengandungi pelbagai disiplin ilmu yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana pihak” katanya

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Limbawang di Masjid Kampung Lubak dekat sini malam kelmarin.

Hadir Sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,,Pegawai Takbir (Jehins) Bahagian Beaufort Abidin Alihassan,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Ibrahim dan Pengerusi Penganjur Imam Sahari Haji Sapri

Sehubungan dengan itu , beliau menyeru umat Islam memanfatkannya sepenuhnya ilmu yang terkandong dalam kita suci Al Quran sebagai panduan menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna bukan sahaja untuk dunia malah di akhirat

“Kitab al-Quran bukan hanya untuk dibaca semata-mata bahkan apa yang lebih penting ialah memahami maknanya, dikaji maksudnya, disingkap rahsianya serta diamalkan tuntutan dan perintahnya,” katanya.

Lajim menambah tradisi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat Islam akan menjadikan ilmu Islam berkembang dan menunjangi cabang ilmu serta kemajuan.

Seramai 4 orang qari dan qariah dari Zon Limbawang telah menyertai majlis tilawah tersebut dimana johan qari dan qariah dalam tilawah tersebut akan mewakili Zon Limbawang ke majlis Tilawah Al Quran peringkat daerah Beaufort yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment