PENGHARGAAN...Kelihatan Abdullah menyerahkan buku sebagai cendra kenangan kepada Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) yang juga Timbalan Yang Dipertua (USIA) semasa berkunjung ke gerai tersebut
Oleh: Jaafar Abd Wahid
TURUT SERTA...Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah menyertai pemeran sempena majlis Pelancaran Umno Juara Rakyat Bahagian Beaufort di Tapak Tamu Pekan Beaufort pada ahad lepas. Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, penyertaan pertubuhan tersebut dalam pemeran tersebut merupakan antara pendekatan (USIA) bagi memberikan ruang kepada masyarakat Islam di negeri ini mengenali lebih dekat organisasi serta program yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA) sepanjang tahun. Menurut beliau peyertaan bukan sahaja mempemirkan gambar gambar aktiviti (USIA) sepanjang tahun namun sejarah perjuangan (USIA) dalam gerakan dakwah khususnya dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini boleh diperolehi oleh orang ramai semasa pemeran ini. Beliau menambah kempen keahlian (USIA) juga turut diselit semasa pemeran ini dimana umat Islam yang ingin menyertao pertubuhan tersebut boleh mendapatkan borang keahlian dari gerai (USIA) atau di pejabat pejabat (USIA) bahagian di seluruh Sabah.
Sambil berpuas hati dengan sambutan masyarakat Islam dan orang ramai terhadap pemeran tersebut Abdullah berkata penyertaan tersebut selari dengan slogan program Juara Rakyat yang dianjurkan oleh Umno.
A.
No comments:
Post a Comment